Tuesday, May 25, 2010

Tidurlah sayang ku Rafiq

24/05/2010 jam 13.55

Tengahari tadi hujan turun mendamai suasana. Saya mendodoikan Rafiq. Apabila Rafiq memejamkan mata terus saya letak dalam “baby coat”. Kemudian belum sempat saya membuat kerja rumah Rafiq menangis. Saya dodoikan lagi. Sama seperti keadaan sebelumnya. Sekejap sahaja Rafiq menangis lagi. Penat saya. Saya geram pun ada dengan Rafiq. Banyak kerja hendak dibereskan. Kemas meja makan, lipat baju dan sebagainya.

Tiba-tiba saya teingatkan kata-kata “upline”@mentor iaitu RCM Datin Hajjah Nik Junainah “ Jika hendak menjerang air hendak menjerang air sehingga mendidih. Jangan baru sahaja air hendak mendidih sudah ditutup apinya. Sampai bila pun air tidak akan masak.”

Saya sedar bukan salah Rafiq tapi salah saya yang tergesa-gesa.

Baru saya tersedar patutlah Rafiq asyik terjaga. Belum nyenyak tidur saya dah letak dalam “baby coat”. Saya juga yang kepenatan kena dodoikan Rafiq berulangkali. Bukan saya mengeluh tapi bukan kerja yang seperti itu memenatkan. Jika saya dodoikan Rafiq sehingga betul-betul nyenyak tentu saya sudah selesaikan beberapa kerja rumah. Bukan sentiasa hendak mendodoikan Rafiq.

Begitulah juga di dalam untuk menjadi Usahawan Zhulian. Hendaklah sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh. Bukan lah hangat-hangat tahi ayam. Bila rasa bersemangat kita kerja dengan kuat. Tapi bila datang halangan kita berhenti. Hendaklah kita tetapkan matlamat. Hendak lah kita berusaha bersungguh-sungguh jangan berhenti. Tapi jika halangan datang menimpa bolehlah kita berehat untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut. Bukan berhenti terus. Setelah masalah selesai terus kita bekerja kuat, bekerja keras bagi mencapai matlamat kita.

Bersama Bergandingan Mencapai Impian!

No comments:

Post a Comment