Saturday, May 29, 2010

Mengejar Impian ber Hi- Tea di Burj Al Arab : Bahagian Pertama

27/05/2010

TAHUN DEPAN FORUM ANTARABANGSA DIAMON ZHULIAN AKAN MENGADAKAN HIGH-TEA DI DALAM RESTORAN HOTEL BERTARAF 7 BINTANG & MERUPAKAN HOTEL TERMAHAL DI DUNIA
"HOTEL BURJ AL ARAB, DUBAI"



Misi Mengejar Impian Burj Al-Arab. Hendak tahu bagaimana hendak pergi ke Hotel Burj Al - Arab secara percuma? Sudah tentu untuk mendapat sesuatu yang berharga hendak lah kita berusaha lebih dari biasa. Tiada suatu pun yang percuma melainkan  setelah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Kerana itulah hadiah hasil penat lelah yang kita lakukan.

Pertama : Hendak lah kita menjadi pengedar zhulian. bagaimana caranya? Daftar lah sebagai pengedar zhulian(DS/Distributor) disini. Bersama-samalah kita "fight" untuk ke High Tea Burj Al-Arab.

Kedua: Kita hendak lah berusaha untuk mendapat pangkat pertama dalam bisnes zhulian ini iaitu SE/Sales Executive. Bagaimana caranya? Anda mestilah mempunyai PV terkumpul secara berkumpulan atau perseorangan PV18000. RM 1 =PV 1

Mudahkan. Bisnes ini hendaklah di majukan bersama-sama sebagai satu kumpulan. Bukan orang perseorangan.

Hendak tahu cara selanjutnya....  Jadi pengedar terlebih dahulu... kemudian jadi SE.
Cara-cara menjadi pengedar :-)


Bersama Bergandingan Mencapai Impian!

Diamond International Forum

27/05/2010

Seronok sungguh mendengar pengalaman para pemimpin yang baru sahaja pulang dari Forum Antarabangsa Diamond di OSAKA, KOBE & KYOTO. Pelbagai cerita dan tempat menarik yang telah mereka lawati di kongsikan bersama kami.

Seronok melihat video klip yang di tayangkan. terbayang di mata bahawa satu hari nanti saya dan suami pula akan ke mengikuti Forum Antarabangsa Diamond 2011. 

Bukan kisah mereka ke negara matahari terbit yang hendak saya kongsikan disini. Tapi apa yang hendak saya kongsikan adalah Forum Antarabangsa Diamond 2011. Pada tahun depan Zhulian akan mengadakan Forum Antarabangsa atau lebih dikenali dengan panggilan D.I.F di Dubai.

Apa yang paling telinga saya tak percaya adalah akan diadakan Hi Tea di Hotel bertaraf 7 bintang. Tahukah anda hotel apakah itu?
 Ia adalah hotel  "BURJ AL ARAB" . Setahu saya di hotel itu bilik Deluxe 1-Bedroom Suite pun berharga AED 7490 semalam.Inilah hotelnya. Betapa Indah dan uniknya hotel ini tersergam indah.

Kali pertama saya mendengar nama hotel ini apabila saya memasuki Peopleprenuer  Bussiness School. Dan saya diberitahu hanya mereka yang benar-benar kaya sahaja mampu untuk menginap di hotel tersebut. bayangkan hendak menangkap gambar di pintu gate pun dilarang. 

Sejak kali pertama saya mendengar mengenai hotel ini saya telah menyimpan azam bahawa saya akan pergi menjejakkan kaki ke hotel "BURJ AL ARAB" ini. 

Nak tahu apa kriteria yang perlu ada untuk anda "fight" ke D.I.F ini? Sila baca post mengenai D.I.F Dubai dari saya.

Bersama-sama kita cuba fight untuk ke Dubai pada tahun depan.  Tanpa anda siapalah saya,
 

Bersama Bergandingan Mencapai Impian!

Wednesday, May 26, 2010

Ingin Menjadi Usahawan Zhulian yang luar biasa?

Saya merupakan usahawan Zhulian. Apa yang membezakan saya dengan usahawan zhulian yang lain adalah saya menjana pendapat saya dengan menggunakan kuasa internet.

Mahukah anda memajukan dan menjayakan diri anda? Jika anda pasti dan yakin sila lihat jika anda memenuhi syarat dibawah. Jika anda ada kesemua syarat-syarat ini bolehlah anda menceburi perniagaan Zhulian ini.

1) Adakah anda mempunyai modal RM 1500? Setiap perniagaan pasti memerlukan modal.
2) Bolehkah anda peruntukan masa 2 jam sehari bagi mengusahakan perniagaan ini? Kerja biasa pun anda perlu berkerja 8 jam sehari. Jadi 2 jam sehari yang berkualiti pasti anda mampu.
3) Adakah anda mempunyai 20 orang kenalan? Saya yakin anda mempunyai beratus-ratus kenalan dengan jaringan internet yang luas.
4) Dan jangan lupa restu daripada ahli keluarga anda.

Sudah pasti anda merasa susah bukan. Maaf saya tidak mahu memberikan anda gambaran mudah untuk memajukan perniagaan. Saya tidak mahu anda kecewa di kemudian hari. Tidak mudah untuk megusahakan sesuatu perniagaan dan ia perlukan pengorbanan.


Jika anda seorang yang luar biasa dan memenuhi criteria diatas andalah yang saya cari.

Jika anda mendaftar pada hari ini :

Yuran Keahlian+Starter Kit  RM 68
Modal               RM 1500   
(Anda boleh memilih barangan produk zhulian di http://zhulian-marketing.com dan emailkan ke zhuliangrp@gmail.com

Bayaran Pos RM 10
Jumlah RM 1578


+++ Anda akan perolehi bonus-bonus seperti dibawah ini :


Jika anda menjadi pengedar zhulian pada hari ini  anda akan mendapat :

Semua ini Secara Percuma


1) Buku Jutawan Multi Level Marketing – RM 20 – Bagus untuk anda yang menceburkan diri dalam bidang MLM ini.
2) Bisnes Kad Zhulian Marketing RM 20 = 50 keping
3) Nota kelas Zhulian secara online/email. Jika anda tertinggal atau tak dapat hadir ke kelas anda boleh dibaca di link yang bakal diberi secara berperingkat.
4) Laman web newsletter yang akan keluar minggu depan.


Dengan berbelanja melebihi RM 300
anda telah pun layak mendapat
BONUS dari syarikat Zhulian.


Tawaran terhad menjadi usahawan zhulian secara online dan secara konvisional bersama-sama dengan saya.


Bersama Bergandingan Mencapai Impian!

Menjadi Pengedar Zhulian

Jika anda mendaftar pada hari ini :

Yuran Keahlian + Starter Kit RM 68

Bayaran Pos     RM 10
Jumlah              RM 78


+++ Anda akan perolehi bonus-bonus seperti dibawah ini :


Jika anda menjadi pengedar zhulian pada hari ini  anda akan mendapat :

Semua ini Secara Percuma


1) Nota kelas Zhulian secara online/email. Jika anda tertinggal atau tak dapat hadir ke kelas anda boleh dibaca di link yang bakal diberi secara berperingkat.
2) Laman web newsletter yang akan keluar minggu depan.


Dengan berbelanja melebihi RM 300
anda layak mendapat
BONUS dari syarikat Zhulian.


Tawaran terhad menjadi usahawan zhulian secara online dan secara konvisional bersama-sama dengan saya.


Bersama Bergandingan Mencapai Impian!

Tuesday, May 25, 2010

Kelas barangan kemas zhulian

23/05/2010

Hari ini saya menghadiri kelas barangan zhulian. Saya di terangkan perbezaan diantara barangkemas zhulian dengan emas 916 di pasaran.

Persamaan dahulu..

Yang pastinya emas Zhulian dan emas 916 sama-sama cantik, sama-sama padan dan sama-sama mempersonakan. Betul kan.

Di bawah ini umi senaraikan perbezaan diantara emas zhulian dan emas 916.



Bersama Bergandingan Mencapai Impian!

Membaca Jambatan Ilmu.


21/05/2010

Setelah habis sesi pembelajaran Produk BYoungmentor umi RCM Datin Hajjah Nik Junainah memanggil kumpulannya.Katanya untuk Berjaya hendaklah menjadi insan yang berilmu.

Beliau telah memberi kami pinjam buku dari koleksi peribadi beliau. Tajuk buku disebut dan kami mengangkat tangan untuk memilih buku yg kami sukai. Alhamdulilah Imah mendapat buku berjodol “ JUTAWAN MLM MULTI LEVEL MARKETING” tulisan Razzi Armansur.

Saya sangat teruja dan tak sabar hendak membaca buku tersebut.

Selain dari itu saya juga menerima beberapa kad yang mempunyai kata-kata motivasi. Tiba-tiba saya terimbau kisah sewaktu saya menjadi moderator usrah. Saya suka membuat kad-kad kecil yang di mempunyai kata-kata semangat kepada ahli usrah dibawah jagaan saya. Proses yg sama berlaku kembali Cuma kini saya pula yang mendapat kad-lad tersebut dan besar pulak tu.

Meliht kesungguhan beliau untuk melihat kami Berjaya mmbuatkan umi berazam membuat yang terbaik untuk diri saya.

Ini bisnes saya. Saya adalah Usahawan Zhulian. Jika saya buat sambil lewa maka yang rugi adalah bisnes saya bukan orang lain. Bukan ahli rangkaian saya yang rugi. Bukan Upline saya yang rugi. Tanpa saya mereka juga mampu Berjaya dan terus Berjaya. Mahukah saya menjadi orang yang rugi? Mahukah saya menjadi orang yang menggagalkan bisnes saya sendiri? Tidak sama sekali.

Saya dapat 3 kad. Inilah mutiara kata yang saya dapat:

KEJAYAAN


“Kejayaan ditentukan oleh tindakan pada masa kini. Dan bukanlah kegagalan masa lampau”.


LIFE

“You can’t do anything about the length of your life but you can do something about its width and depth”


DIFFICULTIES


“It is not whether you get knocked down. It is whether you get up again”


Kata-kata ini memang tepat untuk diri saya. Dengan harapan dan impian semoga kata-kata ini akan menjadi salah satu sumber kekuatan untuk umi Berjaya.

Wish sayadan Rangkaian saya all the best.

Bersama Bergandingan Mencapai Impian!

Tidurlah sayang ku Rafiq

24/05/2010 jam 13.55

Tengahari tadi hujan turun mendamai suasana. Saya mendodoikan Rafiq. Apabila Rafiq memejamkan mata terus saya letak dalam “baby coat”. Kemudian belum sempat saya membuat kerja rumah Rafiq menangis. Saya dodoikan lagi. Sama seperti keadaan sebelumnya. Sekejap sahaja Rafiq menangis lagi. Penat saya. Saya geram pun ada dengan Rafiq. Banyak kerja hendak dibereskan. Kemas meja makan, lipat baju dan sebagainya.

Tiba-tiba saya teingatkan kata-kata “upline”@mentor iaitu RCM Datin Hajjah Nik Junainah “ Jika hendak menjerang air hendak menjerang air sehingga mendidih. Jangan baru sahaja air hendak mendidih sudah ditutup apinya. Sampai bila pun air tidak akan masak.”

Saya sedar bukan salah Rafiq tapi salah saya yang tergesa-gesa.

Baru saya tersedar patutlah Rafiq asyik terjaga. Belum nyenyak tidur saya dah letak dalam “baby coat”. Saya juga yang kepenatan kena dodoikan Rafiq berulangkali. Bukan saya mengeluh tapi bukan kerja yang seperti itu memenatkan. Jika saya dodoikan Rafiq sehingga betul-betul nyenyak tentu saya sudah selesaikan beberapa kerja rumah. Bukan sentiasa hendak mendodoikan Rafiq.

Begitulah juga di dalam untuk menjadi Usahawan Zhulian. Hendaklah sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh. Bukan lah hangat-hangat tahi ayam. Bila rasa bersemangat kita kerja dengan kuat. Tapi bila datang halangan kita berhenti. Hendaklah kita tetapkan matlamat. Hendak lah kita berusaha bersungguh-sungguh jangan berhenti. Tapi jika halangan datang menimpa bolehlah kita berehat untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut. Bukan berhenti terus. Setelah masalah selesai terus kita bekerja kuat, bekerja keras bagi mencapai matlamat kita.

Bersama Bergandingan Mencapai Impian!

Lama Menyepi Sembunyikan Diri. Kini Umi keluar setelah muhasabah diri. Cuba Mencari Kekuatan Diri.

24/5/2010


Telah lama saya tidak menulis apa-apa di blog ini. Pelbagai perkara telah berlaku keatas diri saya.

Saya telah mengalami pelbagai proses agar saya semakin matang menghadapi pancaroba dunia ini.

Kini saya kembali dengan sejuta harapan dan sejuta impian bagi mencapai satu matlamat iaitu Berjaya didunia dan Berjaya diakhirat.

Mulai hari ini umi akan menghidupkan kembali blog zhulian-marketing ini dengan nama baru iaitu “Diari Zhulian Ku”.

Dengan mulakan bacaan ummu kitab al-Fatihah Umi akan memulakan coretan.

“Al – Fatihah “

Bersama-samalah kita mendapat manfaat dari blog ini.


Bersama Bergandingan Mencapai Impian!