Saturday, May 29, 2010

Diamond International Forum

27/05/2010

Seronok sungguh mendengar pengalaman para pemimpin yang baru sahaja pulang dari Forum Antarabangsa Diamond di OSAKA, KOBE & KYOTO. Pelbagai cerita dan tempat menarik yang telah mereka lawati di kongsikan bersama kami.

Seronok melihat video klip yang di tayangkan. terbayang di mata bahawa satu hari nanti saya dan suami pula akan ke mengikuti Forum Antarabangsa Diamond 2011. 

Bukan kisah mereka ke negara matahari terbit yang hendak saya kongsikan disini. Tapi apa yang hendak saya kongsikan adalah Forum Antarabangsa Diamond 2011. Pada tahun depan Zhulian akan mengadakan Forum Antarabangsa atau lebih dikenali dengan panggilan D.I.F di Dubai.

Apa yang paling telinga saya tak percaya adalah akan diadakan Hi Tea di Hotel bertaraf 7 bintang. Tahukah anda hotel apakah itu?
 Ia adalah hotel  "BURJ AL ARAB" . Setahu saya di hotel itu bilik Deluxe 1-Bedroom Suite pun berharga AED 7490 semalam.Inilah hotelnya. Betapa Indah dan uniknya hotel ini tersergam indah.

Kali pertama saya mendengar nama hotel ini apabila saya memasuki Peopleprenuer  Bussiness School. Dan saya diberitahu hanya mereka yang benar-benar kaya sahaja mampu untuk menginap di hotel tersebut. bayangkan hendak menangkap gambar di pintu gate pun dilarang. 

Sejak kali pertama saya mendengar mengenai hotel ini saya telah menyimpan azam bahawa saya akan pergi menjejakkan kaki ke hotel "BURJ AL ARAB" ini. 

Nak tahu apa kriteria yang perlu ada untuk anda "fight" ke D.I.F ini? Sila baca post mengenai D.I.F Dubai dari saya.

Bersama-sama kita cuba fight untuk ke Dubai pada tahun depan.  Tanpa anda siapalah saya,
 

Bersama Bergandingan Mencapai Impian!

No comments:

Post a Comment