Monday, July 5, 2010

Car Boot Sale

Dah lama saya tidak 'update' diari zhulian umie nie.

Walaubagaimanapun saya masih giat menjalankan aktiviti 3M :

1) Menjual
2) Menaja
3) Membimbing

Ahad 4/Julai/2010 saya baru sahaja mengikut aktiviti jualan carboot sale anjuran Perbadanan Ketua Menteri (CMI) negeri melaka.

Ia diadakan di Tapak Autocity, Mukim Durian Tunggal, Melaka, setiap Ahad mulai jam 9.00 pagi hingga 1 tengahari.

Tak ramai yang hadir. Mungkin minggu pertama tak ramai yang tahu mengenai car boot sale ini.

Namun saya dapati peniaga-peniaga tetap ceria.

Saya juga telah bertemu dengan beberapa rakan baru. Seronok nya...

Minggu depan pada masa yang sama dan tempat yang sama masih ada lagi jualan sebigini.
InsyaAllah saya akan turut serta.

Semoga akan lebih ramai yang hadir dan meriahkan lagi car boot sale di negeri melaka ini.


 




Bersama Bergandingan Mencapai Impian!

No comments:

Post a Comment